Jubilani..bola rasmi World Cup 2010

 picture courtesy from www.fifa.com

Jubilani adalah nama yang diberikan kepada bola yang akan digunakan secara rasmi pada kejohanan FIFA World Cup 2010 di Afrika Selatan.  Jubilani ini adalah hasil edisi ke 11 dari Adidas sepanjang penglibatan Adidas di dalam FIFA World Cup.

Jubilani yang memberi maksud 'meraikan' yang berasal dari bahasa zulu akan diwarnai dengan 11 warna berbeza.  Warna-warna ini melambangkan warna setiap pasukan, bahasa kebangsaan yang digunakan dan simbolik kepada keharmonian dan keunggulan yang dipupuk sepanjang kejohanan.

Sentuhan dalam pembikinan bola ini dari sudut kejuruteraannya yang dikatakan dapat meningkatkat keupayaan pemain handalan dunia untuk mengawal bola serta material yang digunakan dikatakan menghampiri kesempurnaan.

Untuk maklumat lanjut tentang jubilani ini.. layarai FIFA World Cup Official Ball.

No comments: