Radikal Bebas: Ringkasan dan isu berkaitan.

Korang sume tahu ke apa itu radikal bebas... radikal ini lebih mesra dipanggil ''free radical''.. istilah ini adalah saintifik sebab radikal bebas ini ada dalam tubuh badan manusia.

Secara ringkas aku ceritakan tentang isu ini.  Radikal bebas ni adalah molekul yang yang tersangatlah aktif dan mudah bertindak-balas serta tidak stabil.  Ia berlaku disebabkan proses pengoksidaan dalam badan.  Apa pulak proses pengoksidaan? proses ini sacara amnya memberi maksud kehilangan sesuatu disebabkan sesuatu.  Dalam badan, kita perlu bagi tenaga untuk hasilkan tenaga.  So, tenaga ini diaktifkan dengan kehadiran oksigen.  Dalam keadaan yang tertentu, proses ini mengakibatkan penghasilan radikal bebas yang sangat aktif berbanding penghasilan tenaga.

So, radikal bebas ini berlaku dalam faktor2 tertentu seperti:
1. Faktor persekitaran; e.g asap rokok, radiasi
2. Pemakanan; e.g mee segera
3. Aktiviti harian; e.g terlalu penat, berjogging terlalu lama, senaman secara vigorous
4. Bahan kimia, etc

Badan kita ini, Allah SWT jadikan dengan penuh keunikan.. setiap penghasilan sesuatu yang negatif pasti dapat diseimbangkan oleh sistem badan kita sendiri.  Tetapi, bila penghasilan radikal bebas ini melebihi pembuangan.. nescaya.. badan memang tak boleh nak buat apa la.. akibatnya.. badan korang sume akan menghasilkan lebih banyak radikal bebas ini.

Apa kesan pada kehidupan?

Soalan ini sangat bernas, dalam kajian yang telah dilakukan oleh ramai penyelidik mahupun di Malaysia dan serantau dunia, kesan pengumpulan radikal bebas ini akan mengakibatkan badan ini manjadi lebih lesu, tak bersemangat, malah untuk jangka panjang.. ia akan mengakibatkan proses penuan berlaku dengan cepat.  Di samping itu, pengumpulan radikal bebas ini boleh dikaitkan dengan beberapa isu penyakit kronik seperti kanser, masalah jantung, lemah sistem imunisasi, lemah sistem imfalmatori dan ia boleh dikaitkan dengan kematian.

Walaupun Allah SWT itu da tetapkan ajal seseorang manusia itu di tangan Nya.  Tetapi, kita sebagai manusia juga dinasihatkan sentiasa menjaga kesihatan dan memastikan badan berada pada tahap optimum supaya kita mampu melakukan setiap tugas sebagai ibadah kepadaNya yang Maha Esa.

Bagaimana nak cegah radikal ini?

Persoalan ini sangat menarik.  Secara amnya, badan kita akan tetap menghasilkan radikal ini.  Cuma bila badan kita hasilkan 10 radikal.. pastu badan mampu buang 10 jugak.. alhamdulillah.. so xde la radikal bebas yang terkumpul.. klu badan hasil 10 radikal tapi mampun buang tak sampai 5..hmm.. lu pikirla sendiri bak kata Nabil.. so, apa yang penting? kerjasama! (iklan wonder pets jap..kahkahkah..!) pe yang penting ialah pengetahuan kita terhadap radikal bebas ini dan bagaimana nak cegah dan atasinya.

Aku mula kan dengan pemakanan.. pemakanan ini amiklah yang colour-rich...jgn korang amik yang added colour plak.. ni yang natural.. contoh buah oren ke.. apple ke.. sayur ke.. yang penting dia mesti colour-rich.. aku harap korang paham la.. jgn plak korang bantai oren busuk sudah..

Pastuh korang korang makan la sedikit supplement yang boleh bantu buang radikal ini.. supplement ni nama nya antioxidants supplement.  yang ni aku cadangkan kepada individu yang terdedah kepada faktor yang tinggi risiko penghasilan radikal bebas ni dan kepada geng2 yang suke sangat bereksesais tak kene waktu.. yang jogging tepi highway tu.. jogging la tepi tasik..haha..

Pa2 pun..sama2 la kita hidup dengan penuh kualiti agar ia dapat memberi impak yang positif kepada kita dan kepada keluarga disamping dapat membantu kita ke arah manusia yang sihat mental dan fizikal serta emosi.. harap info ini dapat membantu korang..

4 comments:

Nazz@Purple said...

wah...terinsaf dah nie..oooo kene jg pemakanan..

aibaks said...

haha..jaga dulu makan pastu da slim melim baru ler nak makan pe blasah je..pendapat 2sen

sWeEt 'N LoVeLy said...

sayalah RADIKAL bebas!!!radikal x?hehehe

aibaks said...

haha..
bebas & free sume org nak..