Words of the day.. "sedekah"


Tazkirah Rabu.. aku petik dari Jawi sebab aku tertarik dengan hadith yang petik dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda: Sedekah seseorang itu tidak dikira kecuali dari hasil atau harta yang baik. Allah tidak menerima sedekah kecuali dari hasil yg baik dan sudah pasti Ar-Rahman (Allah Yg Maha Pengasih) akan menerima hasil sedekah itu dari kananNya walaupun sedekah itu sebiji kurma. Lalu sedekah tersebut dijaga di sisi Allah Yang Maha Pengasih sehingga menjadi lebih besar dari gunung sebagaimana seseorang di antara kamu membesarkan anak kuda atau anak untanya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh yang demikian, pada pendapat aku yang separuh bijak dalam berdebat isu agama ini, walaupun ia fardhu ain kepada setiap muslim untuk mempelajarinya, sedekah adalah satu amalan mulia di sini Allah SWT.. maka.. bersedekahla kita walau sekecil mana sekali pun..pastikan ia adalah ikhlas dan murni niatnya..walaupun dengan sedekah sebuah senyuman.. ehehe.. cam ustat plak aku ni..

2 comments:

Jemari Seni said...

Biar pun sedekah singit janji ikhlas dan halal duit tu! Insyaallah!

aibaks said...

haha..setuju dgn JS! tq!