Kes ni korang mesti selalu dengar kan? kes buruk sangka ni makin menjadi2 sekarang.. sangka tanpa ada kesahihan yang nyata.. bak kate orang kampung..."ko ni men agak2 je kan?" haha...
Meh aku share satu hadith dari Abu Hurairah ra, bahawa Rasul saw bersabda "Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka kerana buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba2 Allah yang bersaudara. (sahih muslim no.4646)
hmm.. paham kan hadith tu? meh la kite sentiasa bersangka baik kepada semua manusia.. baik yang bukan islam mahupun sesama islam.. malah aku bukak online terjemahan al-quran... de bagi beberapa potongan ayat yang berkaitan dengan topik sangka buruk ni..
contoh ayat dari surah al-fath 48:6, bermaksud "Dan supaya Ia menyeksa orang-orang munafik - lelaki dan perempuan, dan orang-orang musyrik - lelaki dan perempuan, yang menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang buruk (bahawa Ia akan mengecewakan RasulNya). Atas merekalah tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh peredaran zaman; dan (selain itu) Allah murkai mereka dan melaknatkan mereka serta menyediakan untuk mereka neraka Jahannam; sedang neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali."
la ni pun bahaya gak.. jangan la kite bersangka buruk kepada Ilahi.. contohnye yang dapat aku bagi ialah.. klu korang kene ujian dari Allah.. pastu korang sentiasa merungut.. marah "kenapa Allah uji aku.. kenapa aku je yang kene.." tak pun "kenapa la aku ni doa hari2 tapi tak dapat2 pun.." astaghfirullah.. berdosa beb.. kite sebagai umat Islam wajib percaya bahawa Allah Maha Pengasih Lagi Penyayang.. Dia tak kan mensia2kan hambaNya yang berbuat kebaikan..
nota kaki: bertaubat la kita sentiasa sebelum terlambat.. amin...
No comments:
Post a Comment