Pentingker nombor itu?

pinjam gambar uncle google
de orang suke nombor2 tertentu.. contohnye.. orang cina cakap nombor lapan ada "ong" kononnya mambawa maksud duit.. pastu nombor empat plak "tak ong" sebab depa kata nombor tu membawa maksud mati.. hmm... bukan setakat tu je.. de sesetengah individu sanggup mendapatkan nombor tertentu walaupun terpaksa membayar nombor tuh..


contohnya.. kes nombor pendaftaran kereta.. de yang sanggup beli nombor2 tertentu sebab depa kata nombor tu bagi tuah kepadanya.. contoh 8888.. takpun 8 jerk.. hmm.. pelikkan manusia ni.. nombor kereta pun nak gak yang ikut pilihan hati.. 


bukan setakat tu jer.. nombor telipon pun de gak yang nak nombor "couple"... contoh.. 3434344... camtu la.. pastu ritu aku saje try call nombor berterusan... 0123456789.. haha.. de ringing.. tapi depa tak angkat.. haha.. sapa la empunya nombor tu yerk..


pentingke nombor2 ini untuk dijadikan pilihan hidup? nasib baik belum ada kes lagi yang aku dengar pasal pilihan nombor pendaftaran kad pengenalan yang empat digit kat belakang tu.. klu baru2 ni sesape yang de anak lelaki yang lahir pada 11 jan 2011 pastu bersalin kat johor.. hmm.. mesti gempak atas kad pengenalan die.. 110111-01-***1... haha.

pada aku.. nombor ini hanya satu permaina hanya mampu membuat orang lain terpegun atau tertarik pastu ia juga mampu memberi musibah kepada pemiliknya kerana hanya golongan2 tertentu sahaja yang mampu memilikinya.. so.. hati2 la dengan nombor..


nota kaki: klu nombor kat angka gaji tu best takpe gak.. haha...

No comments: