Everyday tools
Salam.
Setiap individu mesti mempunyai barangan keperluan harian masing-masing. Barangan keperluan harian ini termasuklah barangan peribadi dan barangan bersama.
Bagi aku, barangan keperluan harian aku yang wajib ada pada aku setiap hari adalah jam tangan, telefon bimbit dan dompet. Haha..nak tahu kenapa? Sebab tiga barang ini sangatlah penting dan ia memberi maksud yang tertentu. Contohnya, jam tangan, kalau aku takde jam tangan, susah bagi aku untuk pastikan waktu semasa. Pastu jam ni jugak penting untuk aku pastikan aku sentiasa "on track"..supaya aku tak miss appointment ke..meeting ke..
Barangan seterusnya ialah telefon bimbit a.k.a handphone. Yang ni penting beb..kalau ada emergency ke.. apa ke..leh gunakan tools ni utk kebaikan aku.. katakan aku lambat gi meeting pastu stuck dalam kesesakan jalan raya, aku buat je panggilan hangit kat bos ke..klien ke..bagitahu yang aku lambat sikit sbb jalan jammed.
Lastly, dompet. Yang ni pun penting gak. Sbb semua ada dalam dompet..duit..kad bank..kredit kad..name card..bisnes kad..bla-bla kad..etc. Katakan aku lapar, takde duit.. cucuk je la kat ATM mane-mane pastu de duit baru leh makan, takpun bile jumpa orang kat mane-mane..leh je hulur kad pengenalan diri tambahan a.k.a name card kat dorang.. fuhh.. penting beb..tiga-tiga perkara ni.. Ia kait-mengait antara satu sama lain..
Haha.. apa-apa pun.. barangan keperluan individu bergantung kepada individu itu sendiri. Terpulanglah. Setiap individu itu unik dan special.. Salam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment