Lesu

Istilah lesu ini berkaitan dengan maksud penat yang biasa digunakan oleh individu bila seharian asyik sibuk ke sana dan ke mari.  Individu yang mengalami kelesuan ini selalunya dikaitkan dengan 'tidak sihat' sbb sistem badan beliau agak lemah dalam proses penghasilan tenaga.

Bagaimana ia berlaku?

Biasannya dalam badan kita mempunyai sistem tenaga yang digunakan bertujuan untuk menghasilkan tenaga seharian.  Oleh itu, sistem ini berfungsi untuk membekalkan tenaga kepada kita dalam apa jua keadaan sekali pun.  Sistem tenaga yang dimaksudkan ialah sistem tenaga yang berpunca dari pemecahan tenaga karbohidrat dalam tubuh.  Bila sistem ini berlaku, badan akan mendapat tenaga yang boleh digunakan untuk kegunaan harian; seperti berjalan, naik tangga, dan lain-lain.

Tapi bila sistem ini digunakan dengan cara yang tidak sesuai, ia akan menghasilkan 'buangan' dalam tubuh iaitu asid.  Dalam kontek lesu, asid ini dinamakan asid laktik.

Asid Laktik?

Asid laktik berlaku akibat pemecahan tenaga yang berlaku dalam tubuh tanpa kehadiran oksigen yang mencukupi.  Sebab dalam sains, struktur acid laktik sama dengan struktur piruvat.  Cuma apa yang berlainan ialah ada molekul tambahan dalam piruvat iaitu 'H = hidrogen'.  Sebab itu, bila kita naik tangga 3-4 tingkat kita akan rasa lesu di kaki.

Piruvat vs laktik

Kedua-dua ini adalah penting dalam memberi tenaga kepada tubuh untuk berfungsi.  Piruvat adalah hasil positif dari pemecahan karbohidrat kepada tenaga, manakala laktik pula hasil negatif.

...akan bersambung ke edisi terkini.

No comments: