Lesu v2


Salam Jumaat..

Hari ini aku de plak mase terluang leh aku sambung topik Lesu yang lepas.  Dalam topik lesu v2 ni plak aku nak bercerita tentang bagaimana nak tingkatkan tenaga agar tubuh badan kita tidak lesu.  Harap dengan coretan Lesu v2 ini dapat menbantu kita menambah sedikit tenaga yang ada & dapat meningkatkan produktiviti kita bersama.

Tenang

Kita mula dengan tenang.  Ketenangan dapat memberi kita satu ransangan emosi dan getaran jiwa kepada badan agar sentiasa berada pada tahap yang terbaik.  Ketenangan ini melibatkan satu proses yang pelbagai.  Sesetengah individu dapat memperolehi ketenangan dengan meletakkan diri dalam satu situasi yang senyap dan terkawal.  Sebagai contoh, berada di dalam bilik sendiri yang bebas dari kebisingan, ataupun merehatkan diri di tepi pantai atau sungai.  Secara tidak langsung, elemen semulajadi yang ada pada alam ini dapat merangsang emosi dan jiwa, insyaAllah.  Tidak dinafikan juga ketenangan ini dapat diperolehi dengan merapatkan diri kepada pencipta.  Ia bergantung kepada agama individu itu, dalam Islam, dengan melakukan solat wajib dan solat sunat insyaAllah dapat memberi ketenangan kepada umat Islam.  Solat yang dikerjakan dengan penuh rasa khusyuk dan tertib dapat merendahkan getaran minda a.k.a brain wave kita.  Terdapat banyak kajian yang membuktikan solat dapat memberi faedah tambahan disamping merapatkan diri seseorang muslim kepada Allah Yang Maha Esa.  Khasiat itu termasuklah, meningkatkan kadar pengambilan oksigen semasa sujud, dapat melakukan regangan otot semasa rukuk & duduk antara dua sujud, malah ada satu kajian yang menyatakan solat ini adalah salah satu senaman yang ringkas tapi berkesan dan ia dapat dilakukan sekurang-kurangnya 5 kali sehari.  Senaman ini seperti bangun dari sujud untuk rakaat seterusnya.  Senaman ini adalah untuk kekuatan otot kaki.  Tetapi diingatkan supaya dalam melakukan solat, janganlah kita fikirkan kepada kebaikannya kerana takut menggangu konsentrasi seseorang muslim semasa solat.

Makanan Berkhasiat

Dengan pemilihan makanan yang berkhasiat juga dapat memberi kita tenaga sepanjang hari.  Pemakanan seperti tinggi serat dan vitamin yang mencukupi dapat merangsang tindak balas dan respon tubuh badan kita dalam melakukan kerja2 harian.  Sebagai contoh di waktu pagi, kalau boleh menu sarapan kita mestilah tinggi serat dan tenaga dan elakkan makanan yang tinggi lemak dan garam.  Elakkan juga makan nasi lemak dan sebagainya, sebab nasi lemak mengandungi peratusan lemak yang tinggi disamping mempunyai kadar indeks gula pada nasi itu sendiri.  Selalunya nasi lemak yang dijual di kedai, mereka tidak menggunakan beras Taj Mahal ke.. herbaponi ke.. mahal beb.. tapi mereka menggunakan beras yang biasa dan murah.  Tengah hari pula digalakkan makanlah makanan yang mempunyai tenaga dan pada portion yang seimbang.  Amalkan makan dengan nisbah 1:3 iaitu satu bahagian nasi, satu bahagian sayuran dan satu bahagian daging ke ikan ke.. pastuh harap-harap korang jgn la belasah 1:3 ditambah dengan kuah lemak ke..kari ke..bukan aku tak bagi.. yang kita makan tu insyaAllah da cukup pastu korang tambah plak dengan kari..pergh...santan bai..takpun garam.. pe2 pun berpada-pada la yer..bukan aku cakap tak boleh.. tapi berpada-pada.. Dinner plak jgn la korang bantai dinner kul 10mlm.. tak boleh bai.. sebaik2nya ikut lah waktu seperti kita berbuka puasa... paling lewat pun dlm pukul 8mlm.. Masa diner plak jgn korang bantai macam korang makan lunch..agak2 la..dinner ringan-ringan dah la.. kat sini aku cadangkan korang mkn la simple2..jgn heavy sangat..sebab korang nak tido da lepas tu..

Rehat

Rehat pun penting dalam memberi kita tenaga seharian.  Bukan time korang dah lesu baru nak rehat.. rehat tu maksudnya korang tido cukup at least 5-6jam pada waktu malam untuk org dewasa.  Korang jgn plak tido lewat2 malam.. mak aku pesan orang laki tido lewat malam ni lemah tenaga.. aku tak pandai tenaga batin ke..tenaga dalaman ke..chi gong ke.. tapi mak aku explain klu korang tido lewat malam pastu korang suka keluar balik sebelum azan subuh.. embun waktu malam ni tak sesuai tuk kesihatan.. kang embun waktu malam ni serang tulang korang payah nanti bai.. pe2 pun.. rehat mestilah mencukupi..

Bersenam

Yang ni aku letak akhir sekali sebab manusia zaman sekarang ni leceh skit nak bersenam..banyak plak alasan masing2..buzy la.. ada anak nak jaga la..mak mentua nak datang hujung minggu la..macam2 lagi.. tapi klu korang dapat melakukan senaman ringan 2-3 kali seminggu pun..alhamdulillah.. klu korang de masa nak gi gim ke.. pusat aerobik ke.. ha..pegi la.. lagi bagus.. tapi klu yang takde mase tu.. korang rajin2 la senam 2-3 kali seminggu.. tak lama pun.. petang2 tu korang gi je taman ke tasik ke..round tasik atau taman 2-3 pusingan dalam 15-20 min da memadai.. yang penting insyaAllah korang dapat kurangkan risiko masalah sakit jantung..

Apa2 pun..ni semua adalah pandangan aku melalui pengalaman dan pembelajaran aku dengan semua orang.. aku nak share dgn korang harap2 korang dapat sama2 renung2kan..

No comments: