Pernafasan dan tenaga dalaman - antara sains dan ilmu alam

Salam Ramadhan kepada semua rakan.


Hari ini aku nak share skit info tentang pernafasan.. topik ni aku pilih sebab baru2 ni aku belajar teknik pernafasan asas dalam ilmu tenaga dalaman manusia.. haha.. mesti korang tak caya kan.. tapi bagi mereka yang pernah mempelajari ilmu ni.. aku dengan rendah diri minta maaf klu pe yang aku ckp tentang ilmu dalaman ni tersalah ke.. ape ke.. korang tegur la ye..


Dalam sains.. pernafasan ni penting .. bertujuan untuk membekalkan oksigen dari atmosfera luar ke dalam badan setiap insan yang bernyawa termasuklah binatang yang berinsang.. ehe.. so.. oksigen ni akan dibekalkan ke seluruh badan melalui salur darah dan oksigen ni akan digunakan untuk aktiviti pengecutan otot.. bukan setakat itu.. oksigen ni akan dibekalkan ke otat juga.. so.. klu korang segar.. cukup pengudaraan oksigen..insyaAllah.. korang sume bertenaga..


Apa yang aku pelajari dari teknik pernafasan asas dalam tenaga dalamana ni.. aku percaya ia mempunyai persamaan korelasi dengan pembekalan oksigen yang mencukupi ke seluruh anggota badan serta oksigen yang mencukupi ke otak supaya otot dan otak sentiasa bersedia ke atas sebarang pertukaran yang bakal berlaku..


Contoh.. bile korang bernafas dengan tenang.. kandungan oksigen dalam badan mencukupi.. tahap ransangan korang meningkat serta tahap kesedaran korang pun akan meningkat.. apa yang berlaku ialah.. sistem saraf korang terangsang.. sekaligus bertindak balas antara satu sama lain dan otot korang plak mempunyai cukup oksigen untuk melakukan aktiviti2 yang tertentu..




So, pada pandangan aku.. ini lah kolerasi yang aku dapat kait kan dengan ilmu pernafasan asas dalam tenaga dalaman dengan ilmu sains pembekalan oksigen dalam badan.. klu aku de tercakap salah.. harap korang maafkan dan tegurlah ye.. bahawasanya aku ni masih lagi mempelajari segala ilmu fardu kifayah yang ada di mukabumi ini.. wallahualam..

1 comment:

sWeEt 'N LoVeLy said...

hihihihi...best...best...