Lawatan ke Akademi Pengajian Melayu UM

Minggu lepas aku wat lagi lawatan aku yang ringkas.. kali ni aku gi Universiti Malaya plak.. wat lawatan kat Akademi Pengajian Melayu.. ehehe.. 

Dorang wat pameran barangan antik yang digunakan oleh masyarakat Melayu lama.. ehe.. mesti korang anak2 zaman moden ni tak penah lihat benda2 camni.. klu korang nak tahu meh aku tunjukkan sedikit sebanyak gambar yang aku amik..

Yang pertama ni gambar wayang kulit.. ha.. zaman dulu2 takde wayang filem cam sekarang ni.. so dorang zaman dulu2 nak enjoy layan la wayang kulit..

Yang ni plak lesung yang dikecilkan saiz nya.. lesung yang sebenar bersaiz jongkang jongkit tapi bukan yang moden punye jongkang jongkit yang pakai spring tuh... ehe.. alat ni orang dulu2 pakai tuk tumbuk padi yang dah dituai.. bile dorang da harvest padi.. dorang kene la tumbuk nak pisahkan kulit beras dengan biji beras.. baru leh tanak a.k.a masak nasi pastuh baru leh makan...

Yang ni plak aku da lupe nama die.. benda ni macam storage box la.. dorang gune time dorang nak gi menangkap ikan di laut.. so.. dorang buh la nasi kat dalam bekas ni..

Mostly barang2 kat sini semua budak2 a.k.a student Akademi Pengajian Melayu UM yang buat.. lebih kurang macam kerja kursus la.. tak pun final projek.. yang ni plak koleksi rehal yang diperbuat dari pelbagai jenis pokok.. contoh macam kayu jati..meranti..dan kayu2 lain..

Yang ni plak rehal saiz besar XXL.. haha.. memang besar giler.. ia diperbuat dari kayu jati klu tak silap aku..berat gak rehal ni.. sorang xlarat nak angkat..ehe

Mesti korang yang suke memasak tahu kepentingan kelapa...leh buat serbuk kepala yang korang buat utk beskut raya.. takpun air santan.. ha.. dulu2 dorang pakai benda alah ni je.. nama die kikir parut...

Yang ni sakit skit..haha.. sebab lagi kuno.. haha.. cam ranting kayu besar je.. pastuh dorang buh kikir kat hujung die.. ehe...

Time dulu2.. takde peti ais.. tak de thermos.. so dorang ni bijak la gak.. buat bekas leh simpan air panas atau sejuk utk satu jangka masa yang lama.. diperbuat dari tanah liat.. labu sayong..

Yang ni plak tikar.. tapi dipanggil kirai sebab diperbuat dari medium yang lain.. aku pun da lupe.. tapi best giler aku gi tengok.. macam2 khazanah orang dulu2 de kat sini..

So.. korang nak g tengo pun tak sempat.. sebab aku gi pun da hujung2 tarikh pameran... pameran ni tutup 30 Ogos yang lepas.. da tak de da.. aku plak tak sempat nak upload gamba ni.. haha..

Thanks to abang Anis ni.. die la yang banyak share ilmu pameran ni dengan aku.. haha.. nanti klu de pe2 lagi aku hapdet dengan korang.. 

p/s: semua gambar yang aku post ni utk tujuan blog je.. tak boleh digunakan utk tujuan publikasi.. haha.. so.. korang nak print gamba ke.. nak cilok ke.. korang kene la mintak kebenaran dari Akademi Pengajian Melayu..seperti yang aku da buat.. haha..

3 comments:

Oh Oeya said...

aibaks.. u buat lawatan sempena prgrm ape eik.. bleh tak eik bile2 mse kita org luar dtg melawat.. atau cmner cre nye nk melawat ke cni..

aibaks said...

o ya: mostly i wat lawatan ni saje2 nak cari info baru.. tpi pameran yg i g ni free for all.. de guest book kt situ klu nak isi.. coming soon de lawatan lg.. tp kat area yang dekat2 KL n Selangor dulu..dekat dulu dengan area rumah i.. kt JB pun mesti de tmpt2 menarik nak wat lawatan..

Anonymous said...

Sekarang dkt Akademi Pengajian Melayu tgh buat pameran mgnai tulisan khat sehingga 30 november 2010. banyak hasil2 khat y menarik.rgi x dtg..ak tlis coz nk promosi pameran ni.y pting pameran ni free..