Peringatan Umum dari En Sponsor = NUFFNANG

pinjam dari  afzaiafandi
Kepada rakan2 yang lain.. meh kite same2 bace pe yang sponsor kite nak bagitahu.. bak kate pepatah.. yang baik ambil jadi teladan..yang buruk buat la sempadan.. ehe..

Salam sejahtera Nuffnanger,

Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.

Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut.
Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.

Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.

Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang.

Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:
- klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
- mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
- menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang .


Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

Terima kasih atas perhatian anda.

Sekian,
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd

15 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

hehehe, mesti sume org dpt surat cinta dr NN tu kan... :)

~aSFaLiZa~ said...

huhuhuhu... jaga2

Nazz@Purple said...

erm..tak baik kan ikut jalan salah..nak berblogging ni nak happy je..bkan nak kaya raya dgn cara menipu kan..kan..

Jemari Seni said...

Pasni takde la iklan kat chat box "saya tembak iklan awak" muuhahhaha... macam2 perangai org nak kaya cepat ni!

ardinihumaira said...

;) dni tak letak shoutbox bosan tengok orang duk cakap nuff walk klik tu ini bla bla.. buang terus hehe

aibaks said...

melati: haha.. mungkin kot.. kepada sesiapa yang berdaftar dengan cik nuffie mesti kite tu dpt punye..

aibaks said...

asfaliza: ehe.. same2 la kite..

aibaks said...

nazz: haha..betul tuh.. happy blogging kepada semua..

p/s: lama xjmpe nazz.. ehe

aibaks said...

jemari semi: hmm.. tu la pasal.. cik nuffie da sound da.. jgn wat camtuh.. bahaya..

aibaks said...

ardinihumairah: hmm.. tul gak tuh cadangan awak.. cume aibaks ni blogger tegar.. baru nak cari kenalan.. ehe

Tomato Gurl's Life said...

nape semua dpt surat cinta dr en.nuff but not me??hurm..

aibaks said...

tomato gurl: hmm.. aibaks pun dpt mlm semalam.. so wat la n3 pagi ni.. mungkin lambat kot..

sWeEt 'N LoVeLy said...

hhmm... kene la jujur dengan setiap yang kite wat.. baru la dapat berkat..

Shannice said...

hoho... jgnlah mengharapkan sgt untung dari NN... kena berblogging sbb nak blogging.. bkan sbb nak duit... :)

maCy said...

maCy jarang amat klik2 unless kat adverts yg mau ditengok aja~ huhu