Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik  Mat hari ini meluangkan masa mengunjungi keluarga jutawan kosmetik yang  mati dibunuh, Datuk Sosilawati Lawiya bagi menyampaikan ucapan takziah.
  
Sambil berkongsi kesedihan dengan keluarga mangsa pembunuhan kejam  itu, Mursyidul Am Pas itu turut menasihatkan mereka supaya banyak  bersabar dan menerima ketentuan Ilahi.
"Sebagai orang Islam, sudah menjadi kewajipan bagi kita untuk  mengunjungi keluarga si mati lebih-lebih lagi apabila melibatkan  kematian yang tragis seperti ini bagi mententeramkan mereka.
"Justeru, saya mewakili seluruh rakyat Kelantan mengucapkan takziah  kepada seluruh keluarga mangsa-mangsa pembunuhan tersebut dan semoga  mereka dirahmati Allah SWT kerana mereka mati akibat dianiaya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengunjungi kediaman  jutawan kosmetik itu di Taman Harmonis, Gombak di sini hari ini.
Turut bersama Nik Abdul Aziz ialah Naib Presiden Pas, Salehuddin Ayub.
Sementara itu, bekas suami pertama Sosilawati, Bukhairi Mohamed  kelihatan sugul ketika dia dan anak-anaknya menyambut kedatangan Nik  Abdul Aziz dan rombongannya.
Ketika ditemui, dia sempat berterima kasih kepada semua pihak yang  prihatin dan memberi sokongan moral kepada anak-anaknya ketika berdepan  dengan ujian tersebut.
 

 
2 comments:
ramai org yg prihatin dab bersimpati dengan kes ni..semoga Allah mencucuri rahmat keatas datuk sosilawati dan rakan2nya amin..
fiza: amin..
Post a Comment