Inspirasi berada di depan ku...

Semalam masa aku ondaway balik rumah lepas keje.. dalam tengah sibuk aku menghadap jem kat area bandar kuala lumpur ni... sambil2 tengah layan radio IKIM.. aku ternampak sebijik kete macam aku kenal.. haha.. ni la die PROTON INSPIRA yang diinspirasikan dari Mitsubishi Lancer.. kete ni dalam keadaan dalam pandu uji.. de 2 orang brader kat dalam kete mase tu.. aku tak sempat plak nak tahan dorang.. hehe

Sori la kengkawan yerk.. gamba ni diambil dalam kete.. so tak bpe jelas nak tunjuk kat korang.. hehe.. kereta keluaran PROTON ini dijual pada rege bermula dari RM78,999 dengan kapasiti 1.8 L enjin dari Mitsubishi. Dikatakan boleh mencapai 140 kuasa kuda dan 177 tork penggerak yang tinggi.. nak dibandingkan secara kasar dengan kereta saingan yang sama varian iaitu Honda Civic 1.8L dan Toyota Altis 1.8L... boleh la klu dari segi kuasa.. rege plak Inspira lagi murah berbanding Civic dan Altis..


Klu korang nak tahu lebih lanjut pasal Proton Inspira ni... korang leh la layari kat sini..

5 comments:

Misz-ella said...

Tak sabar nak tgk on the road. So far tk penah nmpk lgi ni. hehe ..

Lydia Miza said...

wahh mestibergaya kalau dapat beli ni.

Anisa said...

cool
:)

azwa amani said...

cantik kete tu..ske tgok...nak beli tak mampu..tggu keje.. :)

HaN WarreN said...

eden dah ambik 1 inspira ni...tapi ambik gambo jela hehehe..